Bakul 0

Manfaat Minyak Argan untuk kesihatan dan kecantikan kulit

Minyak Argan merupakan minyak yang berasal daripada buah Argan (Argania Spinosa) yang hanya boleh didapati di Maghribi (Morocco) Afrika Utara. Ia sangat istimewa sehinggakan pohon ini dilindungi oleh UNESCO.

Pokok Argan

Mengikut catatan, pokok ini ditemui sejak 200 tahun yang lalu. Apa yang lebih mengejutkan lagi tentang fakta pokok ini ialah, ia hanya mengeluarkan buah ketika berusia sekitar 30-50 tahun.

Untuk mendapatkan 1 liter Minyak Argan, sejumlah 30 kg buah Argan diperlukan. Lebih menarik lagi, proses untuk mendapatkan ekstrak Minyak Argan mengambil masa selama 15 jam.

Sebab itulah, nilai Minyak Argan dalam pasaran sangat tinggi.

Malah, Minyak Argan mendapat permintaan yang sangat tinggi kerana ia mempunyai fungsi yang sangat-sangat bagus untuk kulit wajah, rambut dan tubuh badan.

Minyak Argan yang telah siap diproses.

Minyak Argan kaya dengan kandungan Vitamin A dan Vitamin E. Selain itu, ia juga kaya dengan anti-oksidan, Omega-6 dan asid linoleic. Kajian menunjukkan bahawa apabila digunakan pada kulit, ia menghalang proses keradangan dan sangat berkesan untuk melembapkan kulit.

Antara manfaatnya yang lain Minyak Argan untuk kulit ialah :

•Menghilangkan kulit kering dan pecah-pecah

•Mengurangkan kedutan

•Melambatkan proses penuaan

•Sesuai dengan kulit sensitif

•Mencegah kerosakan akibat dari radikal bebas

•Mengurangkan penampilan garis-garis kedutan dan tanda-tanda penuaan kulit pra-matang

•Mencerahkan kulit dan membuat warna kulit lebih sekata

•Menyuburkan kulit

•Membaiki kulit yang rosak, kulit menjadi licin, anjal dan bebas daripada minyak

•Mengatasi masalah jerawat

•Mengurangkan bintik-bintik dan noda hitam dipermukaan kulit

•Menghaluskan kulit

•Memperbaiki struktur kulit kering

•Melindungi dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru

•Membantu menghilangkan parut

Baca tentang SABUN YANG DIPERBUAT DARIPADA MINYAK ARGAN.



Seterusnya Sebelumnya